Rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010… semoga tahun baru ini membuatkan kita lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan….
Memang sudah lama aku tidak menulis di blog ini atas sebab-sebab yang aku sendiri tak dapat elakkan… sibuk dengan assignment yang berlonggok dan juga masalah2 duniawi yang terpaksa aku tempuhi… seperti yang aku katakan di awal tahun 2009 lalu, “tahun 2009 tanpa rehat”… pernyataan itu mmg benar sekali…. selepas satu satu perkara mendatang… aku tidak seperti org lain yang banyak masa terluang… yang banyak masa bersama keluarga… yang banyak masa untuk melakukan segala macam… kadang2 aku cemburu melihat org lain yg dapat bersama keluarga bercuti sana bercuti sini dan tidak kurang juga ada yang boleh melepak sana melepak sini….. berjumpa kawan2 lama bersembang tentang kemajuan masing2… tp itu bukanlah apa yang aku ingin coretkan di sini….
Apa yang lebih penting untuk aku coretkan di sini ialah….. berkenaan cara kita meraikan sambutan sesuatu peristiwa… tidak kiralah sama ada meraikan sambutan tahun baru atau hari kekasih atau sebagainya…… tetapi semalam kita meraikan sambutan tahun baru 2010…. apa azam tahun baru kita?
Hari ini, aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu supaya dapat mengingatkan pembaca2 blog aku terutama anak2 muda kita…..Melihatkan masyarakat kita meraikan sambutan tahun baru dengan meriah sekali, aku rasa amat bersyukur kerana negara kita dapat menyambutnya dalam keadaan yang aman dan damai…. tetapi di sebalik kemeriahan itu kita perlu beringat, biarlah berpada…. aku teringat minggu lalu di tv9, slot semanis kurma membincangkan isu “Remaja mengandung anak luar nikah”…. isu ini amat menarik perhatian aku sewaktu itu…. aku mula tersentuh dan menangis melihatkan remaja kita terjebak dengan gejala tersebut….
Sesetengah kes itu, merupakan kesalahan diri sendiri yang terlalu mempercayai kata-kata manis kekasih hati… sesetengah kes pula, dipaksa untuk melakukannya… ada pula kes di mana mangsa sendiri tidak sedar dirogol akibat dipukau dan sebagainya… na’uzubillah…. “Ya Allah ya Tuhanku, Kau lindungilah kami dan keluarga kami dari perkara2 tersebut… Kau peliharalah kami dari segala niat jahat org terhadap kami”……
Kepada gadis2 di luar sana, janganlah mudah terpedaya dengan janji2 manis org lelaki…. aku sebagai seorang lelaki mengaku, janji seorang lelaki memang tidak boleh dipercayai… bukan bermakna aku pernah berjanji dan akhirnya aku mungkiri tetapi aku faham apa yang seorg lelaki mahukan dan apakah perasaan seorg lelaki terhadap seorg perempuan apabila berdua-duaan… kadang2 kita berjanji dengan sepenuh hati dan berharap akan dikotakan tetapi kita sendiri tidak mampu untuk mengotakan janji tersebut… Alhamdulillah, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya aku dilindungi Allah dan bersyukur aku tidak pernah melakukan perkara2 tersebut kerana aku dipeliharaNya….
Kata orang, anak perempuan seorg susah nak dijaga…. bagai menjaga 10 ekor lembu… bukan kita nak samakan dengan lembu tetapi susahnya hendak menjaga anak perempuan hanya ibu bapa kita sahaja yang telah merasakannya… tanyalah mereka bagaimana risaunya mereka jika kita tidak ada di depan mereka….
Tetapi, wahai rakan2ku di luar sana, sebenarnya menjaga anak lelaki adalah lebih susah… susah kerana kita perlu mendidik anak lelaki kita supaya menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara…. jika tidak, inilah jadinya… anak2 lelaki tersebut memperlakukan gadis2 tersebut tanpa ada belas kasihan….. menabur janji semanis kurma demi memuaskan nafsunya, menabur benih bukan pada yang hak…… ingat berjanji tanpa “hitam putih” tiada gunanya…. yang perempuannya pun, janganlah terlalu percaya kepada org lelaki sehingga bergadai maruah….. akhirnya, siapa menanggung? siapa mengendong? siapa menanggung yang dikendong? ….. tepuk dada tanya iman….
Perkara2 seperti inilah yang kita takutkan… dalam keghairahan kita meraikan sambutan tahun baru, kita lupa semua itu… leka dan lalai dengan duniawi, akhirnya bergadai diri….. yang menjadi mangsa org perempuan, yang bergoyang kaki org lelaki… fikir2kanlah…..
Akhir kata, jangalah kita lalai dan leka sehingga lupa dengan Tuhan…. janganlah kerana sambutan tahun baru ini, sembilan bulan dari sekarang kita lihat banyak kes anak luar nikah dilahirkan….. menjelang pertengahan tahun ini, jangan pula ramai remaja kita yang masuk pusat2 pemulihan, pusat2 penjagaan remaja hamil anak luar nikah dan sebagainya… apa yang menyedihkan lagi, kes2 buang anak berlaku sembilan bulan dari sekarang …….
“Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami… Ya Allah, Kau lindungilah kami dan keluarga kami dari perkara2 tersebut… Kau peliharalah kami dari segala niat jahat org terhadap kami”……
kepada pembaca blog, aku meminta ampun jika coretan kali ni menyinggung perasaan sesetengah pihak… aku hanya insan yang lemah ingin melihat anak bangsa aku dan org2 islam tidak lari dari landasan sebenar… semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah s.w.t…
~sekadar mengingati sesama sendiri~