Archive for Pengajian

Hari Minggu Hari Test

Mcm biasa sabtu ahad aku ada kelas di UTMKL….. Hari ini aku ada Network Security Test…. Sementara menunggu petang untuk mengambil ujian tersebut, aku mencuri masa untuk menulis blog ini… agak bosan bila terus belajar dan belajar tanpa henti….. otak akan menjadi tepu….. 

Rasa2nya mcm susah soalan ujian tersebut…. apa tidaknya kami dibenarkan membuka buku bagi menjawab soalan2 ujian tersebut… dan biasanya, open book test memang susah….. Tambahan pula, mengikut rakan2 seniorku, soalan tahun2 sebelum ini agak susah, pensyarah yg sama…..  sehinggakan tahun lepas, semua pelajar dibenarkan membawa soalan tersebut pulang ke rumah…. dan itu sudah menjadi satu tugasan (assignment)…. hah, assignment??? bertambah lg assignment….. Ya Allah ya tuhanku, Kau berilah kami semua kekuatan untuk menjawab soalan ujian tersebut….. Kau permudahkanlah segala2nya dalam menjawab soalan tersebut…. sesungguhnya kami ini hanyalah insan yg lemah dan tidak mampu berbuat apa2 melainkan dgn keizinanMu ya Allah…. Amin ya robbal ‘alamin….

2nd Semester of Master Programme

Semalam dan kelmarin merupakan minggu pertama aku alam pengajianku di UTMKL setelah lebih sebulan lamanya bercuti…. aku dan isteri bercuti bersama keluarga mak aku dan makngah di A Famosa Resort pada penghujung bulan Disember lalu…. Ini semua perancangan last minute…. mana taknya… mula2 plan nak pergi ke Cameron Highlands tp semuanya penuh sebulan sebelum tarikh sebenar kami plan utk bercuti…… tp tak pe la A Famosa Resort pun jadilah…. asalkan dpt release stress….

Selepas puas bercuti2 mesia, minggu pertama tahun baru 2009, kelas master aku pun bermula…. secara ringkasnya, aku boleh katakan kelas itu mirip kelas CISCO masa aku belajar di UiTM Shah Alam… tapi yang ini lebih detail… belajar tentang subnetmask dan packet tracing… setakat ini belajar dengan simulation je la….. Menarik gak la kelas ni…

Thanks Dr Asri…..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.