Salam Perpindahan Blog

Salam semua,

Aku ingin maklumkan mulai hari ini, blog aku berpindah daripada https://zaimura.wordpress.com kepada http://zaimura.blogspot.com…..

 

Diharapkan perpindahan ini merupakan satu penghijrahan yang amat bermakna dan semoga sukses selalu…

 

Wallahu ‘alam….

 

 

Sekian untuk makluman….

Promosi Promosi Promosi Raya 2011…..

Assalamualaikum semua,

Sempena dengan bulan puasa ini, saya ingin membantu mempromosikan kuih raya. Untuk makluman, kuih raya ini bukan sahaja boleh ditempah untuk hari raya tetapi boleh juga ditempah untuk majlis majlis-majlis seperti:

–          Rumah terbuka

–          Kenduri kendara

–          Hari jadi

–          Bertunang

–          Pernikahan

–          Dan sebagainya.

Jualan ini adalah dijalankan sepanjang tahun.

Promosi menjelang hari raya 2011 ini, kami memberi diskaun kepada sesiapa yang membeli kuih lebih daripada 10 bekas (boleh campur) sebanyak 3%.

Buat masa ini ada tiga (3) jenis kuih raya sahaja yang dibuat bagi menjaga kualitinya.

1. Chocolate White Mambo – 1 bekas (40pcs) – RM20

2.  Snow Almond – 1 bekas (40 pcs) – RM18

3. Tart Nenas – 1 bekas (30 pcs) – RM15

Untuk makluman, kuih-kuih tersebut adalah dibuat dengan menggunakan ‘Butter’ dan sedap rasanya. Belum cuba belum tahu. Berikut adalah kuih-kuih tersebut dan juga harganya.

Cara-cara tempahan:

  1. Emel ( putri_snowangel@yahoo.com – Abby Hanim , putra_smart9999@yahoo.com – Ren)
  2. Telefon (017-3949024 / 019-6045158 – Abby Hanim atau 012-6496512 – Ren)
  3. atau PM saya (zayeed80@gmail.com)

Sila berikan maklumat-maklumat seperti berikut semasa membuat tempahan:

  1. Nama
  2. Cara mengambil barangan / Alamat untuk dihantar
  3. Jenis kuih yang ditempah
  4. Bilangan
  5. Tarikh dijangka terima

Cara Pembayaran:

Tunai semasa menerima barangan.

Kerepek

Selain itu, kami juga mengambil tempahan untuk kerepek. Senarai kerepek dan harganya adalah seperti berikut:

No.

Jenis Produk

500 gm     (RM)

1 kg        (RM)

1

Ubi Masin

8

15

2

Ubi Pedas Kering

8

15

3

Ubi Pedas Basah

8

15

4

Ubi Lada Hitam

9

17

5

Ubi BBQ

9

17

6

Ubi Kari

9

17

7

Kerepek Bawang

8

15

8

Kerepek Bawang Pedas

8

15

9

Jejari Bilis

8

15

10

Rempeyek Kacang Hijau

13

11

Rempeyek Dal

13

12

Rempeyek Kacang Tanah

13

13

Rempeyek Mini Kacang Tanah

17

14

Keropok Kacang Hijau

10

15

Keropok Kacang Dal

10

16

Keropok Kentang

10

17

Keropok Kentang Kari

10

18

Keropok Kentang Lada Hitam

13

19

Popia Bijan

15

20

Popia BBQ

15

21

Popia Kacang

15

22

Muruku Udang

10

23

Muruku Bilis

10

24

Muruku Ikan

10

25

Muruku Ayam

10

26

Pisang Tanduk

15

27

Pisang Abu Masin

13

28

Pisang Abu Manis

13

29

Opak Lada Hitam

11

Dengarlah Luahan Hatiku

Assalamualaikum pembaca sekalian…..

 

Agak sudah lama juga aku tidak menulis blog….. lebih kurang setahun lamanya…. Dalam tempoh tersebut, telah banyak perkara yang berlaku kepada diri aku… pejam celik pejam celik atas kesibukan duniawi membuatkan masa yang berlalu tidak dirasai…

 

Kini, aku rasa terpanggil untuk menceritakan sesuatu untuk tatapan semua pembaca akibat rasa tertekan dan rasa tidak adil kerana orang sekeliling memandang salah terhadap rezeki yang Allah telah berikan kepada aku… bukan tujuan aku ingin mengangkat bakul, meninggi diri atau mengaibkan sesiapa, tetapi tujuan aku adalah untuk menjelaskan atas kekaburan pandangan orang sekeliling.

 

Pernah aku coretkan sebelum ini bahawa aku telahpun menamatkan pengajianku dalam tahun lepas. Alhamdulillah, segala susah payah dan pengorbanan aku serta ahli keluarga aku terutamanya isteri yang kucintai telah membuahkan hasil.

 

Aku tidak pernah meminta sesiapapun termasuk isteriku sendiri untuk membuat dan menyiapkan segala tugasan aku. Aku hanya meminta pendapat, khidmat nasihat, pandangan dan saling bertukar buah fikiran dengan isteri aku dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan termasuk projek akhir. Ini kerana bidang aku dan isteri aku adalah sama. Sesetengah orang akan menggunakan isterinya atau orang di sekeliling bagi menyiapkannya. Maklum sajalah, sambung belajar tatkala sudah berumahtangga, terpaksalah menggunakan segala sumber yang ada. Namun, aku amat berterima kasih kepada isteri aku kerana banyak membantu (bukan menyiapkan tugasan), mengorbankan masa, jiwa dan raga, bertukar pandangan dan memberi idea kepada aku di samping memberikan tunjuk ajar kepada aku. Siapkan tugasan aku???? Maaf, bukan cara aku untuk memberikan atau menyuruh sesiapapun membuatkan dan menyiapkan tugasan2 aku….

 

Setelah tamat pengajian masterku…. Aku memohon jawatan pensyarah di kebanyakan IPTA di Malaysia ini bagi mengejar cita-citaku…. Kini, impian dan cita-citaku telah menjadi kenyataan. Menjadi seorang penyarah…. Cuma, satu langkah lagi belum tercapai, iaitu:- Menjadi pensyarah yang berjaya….

 

Alhamdulillah, atas usaha aku dan berkat doa orang tersayang, ibuku, isteri aku dan lain-lain, aku berjaya menjadi pensyarah di UiTM… namun, orang sekeliling terutama saudara mara aku dan sahabat handai aku, tersalah anggap…. Kebanyakan mereka berfikiran bahawa aku menggunakan orang dalam bagi mendapatkan jawatan itu… Silap sama sekali!….

 

Penat lelah aku, pengorbanan aku adakah mereka tahu (bagi yang tidak tahu)? Bagaimana susahnya aku mengisi borang tatkala aku bergelar pegawai kerajaan? Ingin mendapatkan pengesahan dan kebenaran daripada Ketua Jabatan aku tidaklah semudah yang disangkakan… tambahan pula, aku baru sahaja bekerja di situ…. Pelbagai soalan ditanya…. Muka terpaksa aku tebalkan demi mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan… bukan sekali, malah banyak kali aku menghantar borang untuk mendapatkan kebenaran…

 

Ini pula, ada yang menyangkakan disebabkan aku ini adalah menantu seorang bekas dekan dan suami kepada seorang pensyarah, maka aku gunakan bapa mentua aku atau isteri aku untuk mendapatkan jawatan pensyarah tersebut…. Silap, aku katakan!

 

Wahai orang sekelilingku, ingin aku tegaskan di sini, aku bukanlah jenis sebegitu!!!! Menggunakan orang dalam, bukan caraku!!! Aku usaha mengisi borang tanpa paksaan sesiapa! Aku menghadiri sesi temuduga sehingga ke Kedah dan Perak, bukan atas paksaan sesiapa! Aku menghadiri sesi temuduga di Shah Alam, bukan atas tiket menantu bekas dekan dan bukan atas tiket suami seorang pensyarah! Aku tidak menyuruh, mendesak, memujuk, merayu atau meminta-minta kepada bapa mentua aku atau isteri aku untuk diterima sebagai seorang pensyarah! Cuma, semasa sesi temuduga itu, ada tertulis nama isteri aku pada biodata peribadi borang permohonan tersebut… kelebihannya adalah, ada di antara penemuduga tersebut yang mengenali isteri aku dan sekaligus mengenali bapa kepada isteri aku… itupun, aku tidak sesekali merayu-rayu kepada penemuduga2 tersebut untuk mengambil aku… aku percaya kepada rezeki…. Jika, rezeki aku di situ, ia takkan ke mana-mana…. Namun, aku berdoa sentiasa termasuk melakukan solat-solat hajat sehinggakan aku rasa terlalu letih dan malu kepada Yang Maha Esa… iya, aku merayu-rayu kepada Allah sehinggakan aku menangis supaya rezeki aku di situ…. Tetapi aku tidak langsung merayu-rayu kepada orang-orang dalam!

 

Ada di antara penemuduga tersebut yang bertanya “berikan alasan mengapa anda ingin bekerja sebagai pensyarah di UiTM selain daripada sebab isteri anda bekerja di sini”…. Aku menjawab dengan tegas, “Saya bukan memilih UiTM kerana isteri saya bekerja di sini tetapi saya memilih UiTM kerana ingin berbakti kepada anak bangsa sendiri yang mana kita tahu bahawa UiTM adalah 100% bumiputra. Namun begitu, saya bukan memohon UiTM sahaja, IPTA lain pun ada mohon juga…. Jika rezeki saya bukan di sini, mungkin rezeki saya di IPTA lain.”

 

Aku mohon maaf jika coretan aku kali ini agak kasar…. Namun, inilah hakikatnya, aku mendapat pekerjaan sebagai Pensyarah UiTM bukan kerana menggunakan orang dalam atau cable besar!!!!

 

Betulkanlah fikiran anda jika anda berfikiran begitu…. Kasihanilah aku kerana aku telah melalui liku-liku untuk mendapatkan pekerjaan tersebut serta merasai penat dan lelah sehingga aku pernah hampir-hampir berasa putus asa… namun, aku sentiasa berdoa kepada Allah agar aku diberikan kekuatan demi mengejar cita-cita aku…..

 

Wallahualam….

 

 

Mencapai Gejala Sosial Sifar? – Bah. 2/2

(Sambungan…)

Namun begitu, adakah pendidikan sebelah pihak sahaja sudah memadai? Mendidik dan memberi pendidikan agama kepada golongan yang mengandung sahaja? Mereka ini sudah pasti mempunyai pegangan agama yang lebih kuat berbanding sebelum ini, tidak begitu? Mereka mungkin sudah insaf dan bertaubat untuk tidak melakukannya lagi TETAPI adakah benar mereka tidak melakukannya lagi jika tiada godaan? Bagaimana pula jika mereka memang benar-benar tidak mahu melakukannya lagi TETAPI dipaksa untuk melakukannya lagi dan akhirnya mengandung untuk kali kedua?

Bagi fikiran saya, golongan hawa ini adalah golongan yang lemah dari segi fizikalnya. Jika dipaksa, mereka tidak mampu untuk melawannya. Jika diberi, mereka hanya menerimanya…. Oleh sebab itu, pendidikan agama dan kesedaran perlu diberikan kepada golongan ADAM juga. Merekalah penyebabnya! Jika tidak kerana golongan ADAM ini, maka golongan HAWA tidak akan mengandung! Tidak begitu? Jika golongan ADAM dididik dengan pendidikan agama yang sempurna sudah pasti perkara ini tidak berlaku. Golongan adam ini susah untuk dipaksa tetapi kuat untuk memaksa. Walau bagaimanapun, kelemahan golongan adam adalah mudah untuk digoda. Jadi, didiklah golongan adam dan hawa ini dengan agama yang sempurna supaya hawa tidak menggoda dan adam tidak memaksa.

Sepatutnya, bukan sahaja gadis-gadis yang mengandung ditempatkan di pusat jagaan tersebut tetapi kita perlu fikirkan bagaimana untuk menempatkan pasangan-pasangan mereka sekali ke pusat-pusat seperti pusat jagaan tersebut. Mungkin apabila telah disahkan pasangan mereka juga bersalah, maka perlulah ditempatkan di satu tempat seperti pusat penjagaan tersebut untuk menyedarkan mereka atas perbuatan mereka selama ini.

Kesimpulannya, pendidikan agama dan kesedaran kepada gadis-gadis yang mengandung tanpa ikatan sah sahaja tidak memadai. Pendidikan agama dan kesedaran kepada remaja-remaja lelaki juga amat diperlukan. Marilah kita fikirkan apakah cara yang terbaik untuk membantu anak-anak lelaki kita supaya tidak terus terjebak ke kancah maksiat dan sekaligus dapat mencapai sasaran gejala sosial sifar.

p/s: saya bukan anti kaum adam tetapi kasihkan kaumku supaya tidak menzalimi kaum hawa…… kaumku ialah kaum pemimpin bukan kaum penzalim….. wallahu ‘alam

Mencapai Gejala Sosial Sifar? – Bah. 1/2

Adakah ia akan menjadi kenyataan? Baru-baru ini, banyak berita yang kita dengar mengenai pembuangan bayi di merata-rata tempat. Bagaimana ia berlaku? Sudah tentulah jawapanya ialah perkara itu berlaku kerana untuk menutup malu atas perbuatan sendiri? Persoalannya siapakah yang bersalah atas perkara tersebut?

Pembuangan bayi ini berlaku kerana ibubapa atau ibu atau bapa tidak mahu bayi tersebut. Mungkin atas alas an kemiskinan dan mungkin atas alas an untuk menutup malu. Namun jawapan yang lebih banyak ialah untuk menutup malu. Tidak sanggup membela bayi yang dikandung selama 9 bulan lebih kerana tidak bersedia ataupun bayi itu tidak diundang. Menyedihkan lagi apabila bayi-bayi ini dibuang ke dalam tong-tong sampah, hutan-hutan, longkang-longkang dan sebagainya seperti membuang sampah-sampah!!! Siapa sebenarnya sampah? Sampah masyarakat? Bayi itu atau ibu bayi tersebut atau bapa bayi tersebut? Sepatutnya, ibu/bapa bayi tersebut yang dibuang ke dalam tong sampah!!!

Bagaimana seseorang perempuan itu boleh mengandung? Tak kiralah rela atau tidak…. Macam-macam jawapan ada. Tetapi jawapan saya ialah itu semua hasil perbuatan seorang insan bernama lelaki? Setuju? Mengandung dengan rela atas sebab pergaulan antara suami isteri adalah sangat diharapkan setiap pasangan bergelar suami isteri. Tak ada masalah di sini tetapi bagaimana pula mengandung tanpa rela atas sebab pergaulan bebas tanpa ikatan sah sebagai suami isteri? Sudah pasti bayi yang dikandung itu tidak diundang tetapi padah yang diundang!!! Pandai buat pandailah tanggung! Tetapi demi menutup malu, bayi yang dibuang….

Baik, kita ada mendengar mana-mana gadis yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan ada ditempatkan di pusat-pusat jagaan untuk sementara waktu. Ia bertujuan untuk membantu dan memberi perlindungan sementara mereka melahirkan anak tersebut. Di situlah, mereka diberi pendidikan agama sewajarnya supaya mereka insaf dan bertaubat sesungguhnya dan mudah-mudahan mereka tidak mengulangi perkara terkutuk itu lagi….

(bersambung Bahagian 2)

Hari ini 30 haribulan, sesuai dgn aku punya umur. Selamat hari jadi kepada diriku…… semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur

Hah tajuk pun dah panjang…. saja kali ni nak buat gimik…

Terima kasih kepada rakan-rakan dan kenalan serta kaum keluarga yang mengucapkan selamat, murah rezeki dan panjang umur….

Aku rasa sungguh bahagia hari ini sebab angka tarikh hari ini adalah sama dengan angka umur aku…. (opsss dah tak rahsia lagi umur aku…..).. apa pun aku berharap umur 30 tahun merupakan tahun di mana aku mencapai zaman kegemilangan aku di dalam kerjaya dan dalam mengejar cita-cita aku… dan aku berharap umur aku ini juga memberi banyak faedah kepada banyak pihak terutamanya keluarga aku…. Semoga dengan bertambahnya umur aku, maka bertambahlah rezeki aku hendaknya….. amin ya rabbal ‘alamin…..

Tips Mendidik Anak secara Islami

Pengalaman rakanku membesarkan anak ketika berusia antara 6-12 bulan

“Apabila saluran tv ditukar ke OASIS jam 7 malam, program indahnya Iman, anaknya lantas mengalihkan pandangan ke arah tv tersebut dan memandang dengan penuh khusyuk. Situasi itu menunjukkan, seolah-olah anak tersebut pernah mendengar zikir-zikir sedemikian sebelum ini. Apabila ditegur, dia tidak langsung mempedulikan gangguan yang ada di sekeliling. Amat khusyuk …

Rakanku menjelaskan pula bahawa sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini, kita berada di satu alam yang dinamakan alam barzah. Di alam itu la kita mendengar semua makhluk Allah seperti malaikat dan jin sentiasa berzikir.  Setelah dilahirkan ke dunia ini, apabila anak-anak kecil terdengar akan zikir-zikir tersebut, maka mereka berasa seolah-olah pernah didengar sebelum ini tetapi ‘di mana ye’…. Dan jika diperhatikan juga, anak-anak ini sebenarnya tidak minat pun kartun. Cuma yang mengajar mereka menonton kartun dan cerita-cerita mengarut lain adalah ibubapanya sendiri….. wallahu ‘alam….”

Oleh itu, marilah kita sama-sama membesarkan  anak-anak kita dalam suasana islam. Teringat aku pepatah ada  mengatakan bahawa anak-anak yang dilahirkan seperti kain putih yang suci, kita (ibubapa) yang membentuk dan mencorak kain tersebut…. Wallahu ‘alam…..

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua….
Diharapkan semua dpt menjalani ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaan. Bukan hari raya yang dikejar tetapi ibadah puasa ini yang sepatutnya dikejar.. aku doakan semua berjaya menunaikan ibadah puasa… mana tahu, mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita… mungkin juga, hari ini merupakan hari terakhir kita… wallahu ‘alam..
Sebenarnya banyak perkara telah berlaku sepanjang 2 bulan aku meninggalkan blog ini. Nantilah, aku perlukan masa untuk berkongsi bersama-sama pembaca untuk tatapan dan juga menjadi panduan dan mungkin juga motivasi kepada sesetengah orang.
Namun, dapat aku simpulkan seperti berikut:
1- Akhirnya aku berjaya dengan (agak) cemerlang dalam pengajian masterku. aku akan berkonvo pada bulan september ini.
2- Outstation ke beberapa tempat dalam malaysia
3- kursus induksi umum membuatkan aku tabah dan semakin mengenali diriku ini.
4- Puasa yang penuh makna buatku.
5- kursus penulisan…. memang best… target aku untuk tulis buku motivasi tahun ini – 1 buah…. tahun depan 2011 – 2 buah… buku akademik – 1 buah…. insyaAllah, nantikan kemunculannya…..

Kejayaan hampir pasti

Memang sudah lama aku tidak menulis blog. Ini adalah kerana kesibukan kerja dan hal keduniaan yang terpaksa aku lalui sebagai seorang insan yang lemah di muka bumi ini. Pelbagai halangan dan rintangan yang aku hadapi selama ini.

Bergelar seorang pekerja yang menurut perintah, memegang jawatan di salah sebuah agensi kerajaan dan pada masa yang sama bergelar seorang pelajar separuh masa di salah sebuah universiti awam demi mengejar cita-cita. Tidak cukup dengan dua gelaran itu, aku merebut peluang untuk menimba pengalaman sebagai seorang pensyarah sambilan di salah sebuah universiti awam di tanah air ini. Tujuannya satu, iaitu untuk merasai pengalaman menjadi seorang pensyarah sebelum benar2 bergelar seorang pensyarah. Memang minat aku mengajar dan sebagai bonus kepada cita-citaku ini, pahala mendatang. Mencurahkan bakti, berkongsi ilmu kepada insan2 lain di dunia ini adalah satu kerja yang mulia dan ganjarannya berterusan.

InsyaAllah, aku pasti akan temui kejayaan. Kini, kejayaan hampir pasti kepadaku. Amin ya rabbal ‘alamin.

Selamat Tahun Baru 2010

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010… semoga tahun baru ini membuatkan kita lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan….

Memang sudah lama aku tidak menulis di blog ini atas sebab-sebab yang aku sendiri tak dapat elakkan… sibuk dengan assignment yang berlonggok dan juga masalah2 duniawi yang terpaksa aku tempuhi… seperti yang aku katakan di awal tahun 2009 lalu, “tahun 2009 tanpa rehat”… pernyataan itu mmg benar sekali…. selepas satu satu perkara mendatang… aku tidak seperti org lain yang banyak masa terluang… yang banyak masa bersama keluarga… yang banyak masa untuk melakukan segala macam… kadang2 aku cemburu melihat org lain yg dapat bersama keluarga bercuti sana bercuti sini dan tidak kurang juga ada yang boleh melepak sana melepak sini….. berjumpa kawan2 lama bersembang tentang kemajuan masing2… tp itu bukanlah apa yang aku ingin coretkan di sini….

Apa yang lebih penting untuk aku coretkan di sini ialah….. berkenaan cara kita meraikan sambutan sesuatu peristiwa… tidak kiralah sama ada meraikan sambutan tahun baru atau hari kekasih atau sebagainya…… tetapi semalam kita meraikan sambutan tahun baru 2010…. apa azam tahun baru kita?

Hari ini, aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu supaya dapat mengingatkan pembaca2 blog aku terutama anak2 muda kita…..Melihatkan masyarakat kita meraikan sambutan tahun baru dengan meriah sekali, aku rasa amat bersyukur kerana negara kita dapat menyambutnya dalam keadaan yang aman dan damai…. tetapi di sebalik kemeriahan itu kita perlu beringat, biarlah berpada…. aku teringat minggu lalu di tv9, slot semanis kurma membincangkan isu “Remaja mengandung anak luar nikah”…. isu ini amat menarik perhatian aku sewaktu itu…. aku mula tersentuh dan menangis melihatkan remaja kita terjebak dengan gejala tersebut….

Sesetengah kes itu, merupakan kesalahan diri sendiri yang terlalu mempercayai kata-kata manis kekasih hati… sesetengah kes pula, dipaksa untuk melakukannya… ada pula kes di mana mangsa sendiri tidak sedar dirogol akibat dipukau dan sebagainya… na’uzubillah…. “Ya Allah ya Tuhanku, Kau lindungilah kami dan keluarga kami dari perkara2 tersebut… Kau peliharalah kami dari segala niat jahat org terhadap kami”……

Kepada gadis2 di luar sana, janganlah mudah terpedaya dengan janji2 manis org lelaki…. aku sebagai seorang lelaki mengaku, janji seorang lelaki memang tidak boleh dipercayai… bukan bermakna aku pernah berjanji dan akhirnya aku mungkiri tetapi aku faham apa yang seorg lelaki mahukan dan apakah perasaan seorg lelaki terhadap seorg perempuan apabila berdua-duaan… kadang2 kita berjanji dengan sepenuh hati dan berharap akan dikotakan tetapi kita sendiri tidak mampu untuk mengotakan janji tersebut… Alhamdulillah, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya aku dilindungi Allah dan bersyukur aku tidak pernah melakukan perkara2 tersebut kerana aku dipeliharaNya….

Kata orang, anak perempuan seorg susah nak dijaga…. bagai menjaga 10 ekor lembu… bukan kita nak samakan dengan lembu tetapi susahnya hendak menjaga anak perempuan hanya ibu bapa kita sahaja yang telah merasakannya… tanyalah mereka bagaimana risaunya mereka jika kita tidak ada di depan mereka….

Tetapi, wahai rakan2ku di luar sana, sebenarnya menjaga anak lelaki adalah lebih susah… susah kerana kita perlu mendidik anak lelaki kita supaya menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara…. jika tidak, inilah jadinya… anak2 lelaki tersebut memperlakukan gadis2 tersebut tanpa ada belas kasihan….. menabur janji semanis kurma demi memuaskan nafsunya, menabur benih bukan pada yang hak…… ingat berjanji tanpa “hitam putih” tiada gunanya…. yang perempuannya pun, janganlah terlalu percaya kepada org lelaki sehingga bergadai maruah…..  akhirnya, siapa menanggung? siapa mengendong? siapa menanggung yang dikendong? ….. tepuk dada tanya iman….

Perkara2 seperti inilah yang kita takutkan… dalam keghairahan kita meraikan sambutan tahun baru, kita lupa semua itu… leka dan lalai dengan duniawi, akhirnya bergadai diri….. yang menjadi mangsa org perempuan, yang bergoyang kaki org lelaki… fikir2kanlah…..

Akhir kata, jangalah kita lalai dan leka sehingga lupa dengan Tuhan…. janganlah kerana sambutan tahun baru ini, sembilan bulan dari sekarang kita lihat banyak kes anak luar nikah dilahirkan….. menjelang pertengahan tahun ini, jangan pula ramai remaja kita yang masuk pusat2 pemulihan, pusat2 penjagaan remaja hamil anak luar nikah dan sebagainya… apa yang menyedihkan lagi, kes2 buang anak berlaku sembilan bulan dari sekarang …….

“Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami… Ya Allah, Kau lindungilah kami dan keluarga kami dari perkara2 tersebut… Kau peliharalah kami dari segala niat jahat org terhadap kami”……

kepada pembaca blog, aku meminta ampun jika coretan kali ni menyinggung perasaan sesetengah pihak… aku hanya insan yang lemah ingin melihat anak bangsa aku dan org2 islam tidak lari dari landasan sebenar… semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah s.w.t…

~sekadar mengingati sesama sendiri~

« Older entries